Wednesday, 28 September 2011
Beratur ketika menaiki bas
Langkah selamat ketika menaiki bas. Beratur dan menaiki bas dengan berhati-hati. Jangan bertolak-tolak dan berebut. Keselamatan pasti terjamin.
~keselamatan jalan raya tanggungjawab bersama~
melintas dengan selamat
Pengawal keselamatan dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan di kalangan murid. Murid-murid harus dididik dengan peraturan jalan raya seawal melangkah ke alam persekolahan.
~keselamatan jalan raya tanggungjawab bersama~
Monday, 19 September 2011
KESELAMATAN JALAN RAYA
Kemalangan maut semakin menjadi-jadi di negara kita.Setiap hari, di dalam media massa atau media cetak terpampang berita tentang kemalangan jalan raya. Mangsanya ada yang cedera parah, patah kaki, koma dan yang paling menyayat hati ialah MAUT. Pelbagai pendapat orang ramai membicarakan tentang isu ini. Ada yang menyalahkan sikap pemandu, masalah jalan raya, faktor cuaca dan pelbagai lagi faktor yang menyumbang kepada kemalangan maut ini.
Oleh itu, untuk menangani isu ini, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah mengadakan sukatan pelajaran tentang Keselamatan Jalan Raya. Ini bertujuan untuk mendidik anak-anak kecil bermula dari peringkat sekolah rendah supaya sentiasa berwaspada semasa di jalan raya.
~keselamatan jalan raya tanggungjawab bersama~
Oleh itu, untuk menangani isu ini, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah mengadakan sukatan pelajaran tentang Keselamatan Jalan Raya. Ini bertujuan untuk mendidik anak-anak kecil bermula dari peringkat sekolah rendah supaya sentiasa berwaspada semasa di jalan raya.
Subscribe to:
Posts (Atom)