Thursday, 17 November 2011

KUIZ

Kalau anda orang yang bijak, cuba jawab soalan ini!!!

1. Orang menggunakan saya untuk menyeberangi jalan   _______________

2. Semua kenderaan akan berhenti jika badan saya berwarna merah  _______________
~keselamatan jalan raya tanggungjawab bersama~

Ingatlah semasa di jalan raya!!


   Berhati-hati                        Kurangkan kelajuan            Berwaspada       
   
           

 Pandu Cermat                    Hargailah Nyawa Anda         Pandang Kiri Kanan
 





~keselamatan jalan raya tanggungjawab bersama~

Tuesday, 11 October 2011

Monday, 10 October 2011

Pertandingan lalu lintas

Murid-murid dilatih untuk menunggang basikal dengan cara yang selamat. Elakkan bersaing ketika menunggang kerana ini boleh membahayakan keselamatan diri. Selain itu, pakailah pakaian yang sesuai. Pertandingan lalu lintas yang dianjurkan oleh SHELL kepada murid-murid sekolah seperti dalam gambar di atas merupakan langkah yang bijak untuk mendidik murid-murid menunggang dengan selamat.

UJI MINDA

Jika saya murid yang bijak, saya boleh menjawab soalan ini.

1. Berikan 2 contoh bahaya yang akan menimpa saya jika menunggang basikal secara bersaing?
    
     a.   ____________________________________________________________

     b.  ____________________________________________________________

   
~keselamatan jalan raya tanggungjawab bersama~

Wednesday, 28 September 2011

Beratur ketika menaiki bas

Langkah selamat ketika menaiki bas. Beratur dan menaiki bas dengan berhati-hati. Jangan bertolak-tolak dan berebut. Keselamatan pasti terjamin.
~keselamatan jalan raya tanggungjawab bersama~

melintas dengan selamat

Pengawal keselamatan dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan di kalangan murid. Murid-murid harus dididik dengan peraturan jalan raya seawal melangkah ke alam persekolahan.
~keselamatan jalan raya tanggungjawab bersama~

Monday, 19 September 2011

KESELAMATAN JALAN RAYA

Kemalangan maut semakin menjadi-jadi di negara kita.Setiap hari, di dalam media massa atau media cetak terpampang berita tentang kemalangan jalan raya. Mangsanya ada yang cedera parah, patah kaki, koma dan yang paling menyayat hati ialah MAUT. Pelbagai pendapat orang ramai membicarakan tentang isu ini. Ada yang menyalahkan sikap pemandu, masalah jalan raya, faktor cuaca dan pelbagai lagi faktor yang menyumbang kepada kemalangan maut ini.
Oleh itu, untuk menangani isu ini, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah mengadakan sukatan pelajaran tentang Keselamatan Jalan Raya. Ini bertujuan untuk mendidik anak-anak kecil bermula dari peringkat sekolah rendah supaya sentiasa berwaspada semasa di jalan raya.
~keselamatan jalan raya tanggungjawab bersama~